Jumaat, 26 November 2010

Pengenalan

ISIPADU CECAIR TAHUN 2

Setiap hari kita akan menggunakan unit ukuran dalam kehidupan seharian. Tidak kiralah ukuran panjang, timbangan berat ataupun ukuran yang berkaitaan dengan isipadu cecair. Pengetahuan tentang unit ukuran ini ada terkandung dalam sukatan pelajaran matematik Sekolah Rendah iaitu dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).


Isipadu cecair
Isipadu cecair  ialah  kapasiti cecair didalam sesuatu bekas. Cecair tersebut tiada bentuk yang tersendiri. Ia hanya berbentuk mengikut bekas yang diisinya. Kapasiti cecair  dapat diukur dengan menggunakan unit bukan piawai (anggaran) dan dalam unit piawai  iaitu dalam milimeter (ml) dan liter (l)  dalam sistem metrik. Alat untuk mengukur cecair ialah silinder dan bikar.

Konsep  tentang isipadu cecair.
Salah satu konsep  tentang isipadu cecair  seringkali  timbul di kalangan pelajar  dalam memahami tajuk isipadu cecair , terutama ketika membuat perbandingan kapasiti antara dua bekas yang berlainan saiz. Pelajar sering membuat perbandingan kepada bekas yang lebih besar berbanding dengan kapasitinya, ini terjadi kerana ramai murid memahami bahawa bekas yang  tinggi mempunyai isipadu yang lebih berbanding saiz sebenar bekas tersebut tetapi  tidak memahami konsep kapasiti. Ramai murid sekolah lebih mengetahui pengukuran dari segi ketinggian dan rendah bekas. Mereka akan menganggap bekas yang tinggi mempunyai isipadu yang lebih banyak berbanding dengan bekas yang rendah. Walaupun kadang-kadang sebenarnya bekas rendah mempunyai kapasiti isipadu yang lebih banyak.  Menggunakan perbandingan langsung adalah salah satu cara yang paling asas dan mudah.

Alat Bantu Mengajar .
Sebagai seorang guru yang bertanggung jawab untuk mengajar matematik untuk  Tahun dua , sangat penting untuk  memastikan aktiviti  P&P  yang  dijalankan adalah memberansangkan dan menarik minat  . Dalam  menerangkan konsep isipadu cecair  , beberapa aktiviti  telah dipilih untuk menerangkan konsep ini berbantukan ABM yang telah dipilih .Pengendalian aktiviti menggunakan ABM yang  dikenalpasti  akan dibincangkan secara terperinci .   
Mengikut Teori perkembangan kognitif Piaget (1952) menyatakan bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berbeza dan berubah melalui empat peringkat mengikut umur iaitu sensori-motor (sehingga umur 2 tahun), pra operasi (2 – 7 tahun), operasi konkrit (7 – 11 tahun) dan operasi formal (12 tahun hingga dewasa). Yang jelas,murid sekolah rendah berada pada peringkat operasi konkrit. Murid pada peringkat operasi konkrit berupaya untuk berfikir secara logik tetapi masih terbatas kepada sesuatu yang bersifat nyata. Sehubungan itu, aktiviti pembelajaran pada peringkat operasi konkrit masih bergantung kepada objek-objek maujud dan menggunakan “hand-on material”. Oleh itu, murid di peringkat ini memerlukan bahan sokongan yang bersifat konkrit dan boleh diolah dalam usaha mengukuhkan kefahaman konsep matematik.
Berdasarkan apa yang telah dibincangkan. guru haruslah bijak dalam pemilihan ABM. Fungsi utama Bahan Bantu Mengajar adalah bagi memudahkan para pelajar memahami isi pengajaran. Bahan Bantu Mengajar yang berkesan haruslah dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru yang mempunyai daya kreativiti, bijak memilih bahan yang sesuai dan kaedah pengajaran yang terbaik agar ianya berkesan. Walaupun pada masa-masa tertentu pelajar-pelajar memahami pengajaran guru, namun keperluan kepada Bahan Bantu Mengajar adalah penting tidak kira sama ada bahan yang digunakan bahan elektronik atau bukan elektronik. Antara perkara penting yang perlu diperhatikan ialah sejauh manakah alat berkenaan dapat memberi manfaat kepada guru dan pelajar-pelajar. Keberkesanan Bahan Bantu Mengajar bukan sahaja ditentukan oleh kualitinya tetapi juga oleh teknik penggunaannya dalam situasi bilik darjah .
Diharap dengan terhasilnya tugasan ini , ia dapat memberi panduan kepada guru untuk memantapkan lagi teknik pengajaran konsep isipadu cecair  dalam matapelajaran matematik ditahun dua.
Alat bantu mengajar yang digunakan
Menggunakan perbandingan langsung adalah salah satu cara terbaik untuk memulakan kajian tentang  Isipadu cecair , sebagai contoh, minta murid isikan  atau menuangkan air untuk melihat bekas manakah yang boleh  menyimpan lebih banyak cecair dan sebaliknya. Sebagai permulaan ,penggunaan unit yang sesuai ialah unit bukan piawai  iaitu “lebih banyak” dan “lebih sedikit”.setelah murid memahami konsep ini bolehlah diteruskan dengan istilah  “penuh” , “kosong”dan “separuh penuh” dengan menggunakan alatan seperti botol-botol kosong,tin,cawan dan bekas-bekas yang terdapat disekitar kawasan rumah murid.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan