Sabtu, 27 November 2010

Aktiviti Murid Lemah

Hasil Pembelajaran : Untuk menyukat isipadu cecair menggunakan unit-unit bukan piawai.

Bahan-bahan : Jug, botol dan gelas plastik.

Langkah 1 : Guru menyediakan alatan seperti jug, botol dan gelas plastik.

Langkah 2 : Guru meminta seorang murid untuk mengisi air daripada jug ke dalam gelas plastik hingga habis.

Langkah 3 : Guru meminta seorang lagi murid untuk mengisi air daripada botol ke dalam gelas plastik hingga habis.

Langkah 4 : Guru mengemukakan beberapa soalan. "Di antara jug dan botol, yang manakah boleh mengisi banyak air ke dalam gelas. Murid memberi respon kepada soalan.

Lanngkah 5 : Murid akan diedarkan lembaran kerja bagi menambahkan lagi kefahaman murid terhadap pembelajaran.

Wikipedia........


A measuring cup can be used to measure volumes of liquids. This cup measures volume in units of cups, fluid ounces, and litres.
Volume is how much three-dimensional space a substance (solid, liquid, gas, or plasma) or shape occupies or contains,[1] often quantified numerically using the SI derived unit, the cubic metre. The volume of a container is generally understood to be the capacity of the container, i. e. the amount of fluid (gas or liquid) that the container could hold, rather than the amount of space the container itself displaces.
Three dimensional mathematical shapes are also assigned volumes. Volumes of some simple shapes, such as regular, straight-edged, and circular shapes can be easily calculated using arithmetic formulas. The volumes of more complicated shapes can be calculated by integral calculus if a formula exists for the shape's boundary. One-dimensional figures (such as lines) and two-dimensional shapes (such as squares) are assigned zero volume in the three-dimensional space.
The volume of a solid (whether regularly or irregularly shaped) can be determined by fluid displacement. Displacement of liquid can also be used to determine the volume of a gas. The combined volume of two substances is usually greater than the volume of one of the substances. However, sometimes one substance dissolves in the other and the combined volume is not additive.[2]
In differential geometry, volume is expressed by means of the volume form, and is an important global Riemannian invariant. In thermodynamics, volume is a fundamental parameter, and is a conjugate variable to pressure.

Aktiviti Murid Pandai

Hasil Pembelajaran : Untuk menyukat isipadu cecair yang menggunakan unit-unit bukan piawai.

Bahan-bahan : Jug, baldi kecil, periuk, botol dan papan catatan.

Langkah 1 : Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 5 orang.

Langkah 2 : Lantik seorang pencatat dalam setiap kumpulan.

Langkah 3 : Guru mengedarkan bekas yang berbeza dan sebiji gelas plastik.

Langkah 4 : Murid diminta mengisi air ke dalam bekas yang diberikan menggunakan gelas plastik sehingga  penuh.

Langkah 5 : Sambil mengisi air ke dalam bekas, murid diminta mengira dan merekod jumlah gelas yang mengadungi air.

Langkah 6 : Murid membuat catatan.

Kumpulan A : __________ gelas plastik
Kumpulan B : __________ gelas plastik
Kumpulan C : __________ gelas plastik
Kumpulan D : __________ gelas plastik
Kumpulan E : __________ gelas plastik

Langkah 7 : Murid akan membentang hasilan yang telah diperolehi.
                   Guru menulis di papan putih.

Langkah 8 : Guru akan menyoal murid-murid tentang aktiviti yang telah dijalankan.

a) Bekas mana yang dapat mengisi banyak air?
b) Bekas mana yang paling sedikit mengisi air?

Langkah 9 : Murid-murid diedarkan lembaran kerja bagi mengukuhkan agi kefahaman mereka.

Alatan Mengukur Cecair Bentuk Piawai

Silinder di atas digunakan untuk aktiviti proses pengajaran dan pembelajaran murid yang berpencapaian tinggi. Dengan menggunakan unit piawai yang sebenar dalam sukatan dapat membantu murid dalam membezakan ukuran kapasiti air dengan betul dan tepat mengikut saiz dan bentuk bekas yang digunakan.

Alatan Mengukur Cecair Bukan Piawai








Silinder di atas digunakan untuk proses pengajaran dan pembelajaran murid yang berpencapaian rendah. Mengukur dan membandingkan isipadu cecair menggunakan unit bukan piawaian.

IsipaduCecair


Sumber : http://www.youtube.com/watch?v=OAotjwOKpQs

Video di atas menerangkan tentang pengukuran isipadu cecair dengan menggunakan silinder penyukat. Ia memaparkan tayangan sebenar ukuran isipadu cecair dengan menggunakan pelbagai bentuk silinder dan mempunyai kapasiti air adalah sama walaupun bentuk silindernya berbeza. Video ini amat sesuai untuk ditayangkan kepada murid-murid tahun dua kerana mereka ini sentiasa keliru dalam menentukan kapasiti air apabila bekas yang berbeza bentuk dan saiz.

Video ini juga menunjukkan penggunaan ukuran dalam unit piawai yang sebenar. Secara tidak langsung, dapat membantu murid dalam mengenal unit piawai dalam sistem pengukuran isipadu cecair.

Cara Mengukur Isipadu Cecair



Sumber : http://www.youtube.com/watch?v=iPkZlce84ag
Video diatas menunjukkan cara isipadu cecair diukur.

1. Silinder penyukat diletakkan atas meja yang berpermukaan rata ,dan tuangkan air dengan berhati-hati serta cermat.
2. Bacaan boleh dilihat pada silinder penyukat dimana unit untuk menyukat isipadu cecair ialah liter (l) dan mililiter (ml).
3. Paras mata mestilah sama aras dengan takat air

Jumaat, 26 November 2010

Pengenalan

ISIPADU CECAIR TAHUN 2

Setiap hari kita akan menggunakan unit ukuran dalam kehidupan seharian. Tidak kiralah ukuran panjang, timbangan berat ataupun ukuran yang berkaitaan dengan isipadu cecair. Pengetahuan tentang unit ukuran ini ada terkandung dalam sukatan pelajaran matematik Sekolah Rendah iaitu dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).


Isipadu cecair
Isipadu cecair  ialah  kapasiti cecair didalam sesuatu bekas. Cecair tersebut tiada bentuk yang tersendiri. Ia hanya berbentuk mengikut bekas yang diisinya. Kapasiti cecair  dapat diukur dengan menggunakan unit bukan piawai (anggaran) dan dalam unit piawai  iaitu dalam milimeter (ml) dan liter (l)  dalam sistem metrik. Alat untuk mengukur cecair ialah silinder dan bikar.

Konsep  tentang isipadu cecair.
Salah satu konsep  tentang isipadu cecair  seringkali  timbul di kalangan pelajar  dalam memahami tajuk isipadu cecair , terutama ketika membuat perbandingan kapasiti antara dua bekas yang berlainan saiz. Pelajar sering membuat perbandingan kepada bekas yang lebih besar berbanding dengan kapasitinya, ini terjadi kerana ramai murid memahami bahawa bekas yang  tinggi mempunyai isipadu yang lebih berbanding saiz sebenar bekas tersebut tetapi  tidak memahami konsep kapasiti. Ramai murid sekolah lebih mengetahui pengukuran dari segi ketinggian dan rendah bekas. Mereka akan menganggap bekas yang tinggi mempunyai isipadu yang lebih banyak berbanding dengan bekas yang rendah. Walaupun kadang-kadang sebenarnya bekas rendah mempunyai kapasiti isipadu yang lebih banyak.  Menggunakan perbandingan langsung adalah salah satu cara yang paling asas dan mudah.

Alat Bantu Mengajar .
Sebagai seorang guru yang bertanggung jawab untuk mengajar matematik untuk  Tahun dua , sangat penting untuk  memastikan aktiviti  P&P  yang  dijalankan adalah memberansangkan dan menarik minat  . Dalam  menerangkan konsep isipadu cecair  , beberapa aktiviti  telah dipilih untuk menerangkan konsep ini berbantukan ABM yang telah dipilih .Pengendalian aktiviti menggunakan ABM yang  dikenalpasti  akan dibincangkan secara terperinci .   
Mengikut Teori perkembangan kognitif Piaget (1952) menyatakan bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berbeza dan berubah melalui empat peringkat mengikut umur iaitu sensori-motor (sehingga umur 2 tahun), pra operasi (2 – 7 tahun), operasi konkrit (7 – 11 tahun) dan operasi formal (12 tahun hingga dewasa). Yang jelas,murid sekolah rendah berada pada peringkat operasi konkrit. Murid pada peringkat operasi konkrit berupaya untuk berfikir secara logik tetapi masih terbatas kepada sesuatu yang bersifat nyata. Sehubungan itu, aktiviti pembelajaran pada peringkat operasi konkrit masih bergantung kepada objek-objek maujud dan menggunakan “hand-on material”. Oleh itu, murid di peringkat ini memerlukan bahan sokongan yang bersifat konkrit dan boleh diolah dalam usaha mengukuhkan kefahaman konsep matematik.
Berdasarkan apa yang telah dibincangkan. guru haruslah bijak dalam pemilihan ABM. Fungsi utama Bahan Bantu Mengajar adalah bagi memudahkan para pelajar memahami isi pengajaran. Bahan Bantu Mengajar yang berkesan haruslah dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru yang mempunyai daya kreativiti, bijak memilih bahan yang sesuai dan kaedah pengajaran yang terbaik agar ianya berkesan. Walaupun pada masa-masa tertentu pelajar-pelajar memahami pengajaran guru, namun keperluan kepada Bahan Bantu Mengajar adalah penting tidak kira sama ada bahan yang digunakan bahan elektronik atau bukan elektronik. Antara perkara penting yang perlu diperhatikan ialah sejauh manakah alat berkenaan dapat memberi manfaat kepada guru dan pelajar-pelajar. Keberkesanan Bahan Bantu Mengajar bukan sahaja ditentukan oleh kualitinya tetapi juga oleh teknik penggunaannya dalam situasi bilik darjah .
Diharap dengan terhasilnya tugasan ini , ia dapat memberi panduan kepada guru untuk memantapkan lagi teknik pengajaran konsep isipadu cecair  dalam matapelajaran matematik ditahun dua.
Alat bantu mengajar yang digunakan
Menggunakan perbandingan langsung adalah salah satu cara terbaik untuk memulakan kajian tentang  Isipadu cecair , sebagai contoh, minta murid isikan  atau menuangkan air untuk melihat bekas manakah yang boleh  menyimpan lebih banyak cecair dan sebaliknya. Sebagai permulaan ,penggunaan unit yang sesuai ialah unit bukan piawai  iaitu “lebih banyak” dan “lebih sedikit”.setelah murid memahami konsep ini bolehlah diteruskan dengan istilah  “penuh” , “kosong”dan “separuh penuh” dengan menggunakan alatan seperti botol-botol kosong,tin,cawan dan bekas-bekas yang terdapat disekitar kawasan rumah murid.

Penghargaan

Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas Nabi junjungan, Muhammad S.A.W. Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya, dapat juga akhirnya saya menyiapkan dan menghasilkan tugasan ini. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pensyarah Matematik yang terlibat , atas bimbingan dan dorongan yang diberikan sepanjang tempoh tugasan ini . Banyak maklumat yang telah diberikan bagi menghasilkan tugasan ini . Tanpa tunjuk ajar beliau, saya tidak mampu untuk menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada keluarga dan rakan – rakan seperjuangan yang disayangi atas tunjuk ajar membina blog, sokongan dan semangat yang diberikan. Tanpa mereka, tentu sukar untuk menyiapkan tugasan ini. Akhir sekali, kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan dan penghasilan tugasan ini .